Share
Konsep Perubatan Islam mempunyai sebab musabab. Pencipta sebab itu ialah Allah, al-Khaliq, yang berkuasa melakukan sesuatu. Apabila ia hendak menjadikan sesuatu dan berkata: jadilah, maka jadilah (Yasin: 82).
Asas Perubatan Asas perubatan ada dua, iaitu penjagaan diri dan rawatan. Penjagaan diri lebih baik daripada merawatnya. Allah s.w.t. melarang orang yang beriman daripada membinasakan dirinya (al-Baqarah:195), tidak kira sama ada pembinasaan itu melibatkan pemakanan yang memberi mudarat, yang terlarang, berlebihan dan sebagainya. Allah s.w.t. menyuruh setiap orang itu makan dan minum, tetapi melarang daripada mengambilnya berlebihan (al-Anam: 141).
Rasulullah s.a.w. ada bersabda: (Perut itu ialah tempatpenyakit). Menurut Shamsuddin Muhammad (t.t.:13), keperluan pada makanan itu ada tiga tahap; iaitu semata-mata untuk keperluan, mencukupi dan berlebihan. Rasulullah s.w.t. memberitahu bahawa makanan itu mencukupi dengan suapan kecil yang menguatkan tulang belakang, ataupun makan memenuhi satu pertiga daripada ruang perut, satu pertiga lain untuk air manakala yang bakinya untuk bernafas. Inilah kaedah utama yang paling memberi manfaat pada penjagaan badan, kerana perut itu tumpuan penyakit.
Perut apabila penuh dengan makanan ruang minuman menjadi sempit. Apabila minuman itu berlebihan, ruang bagi bernafas menjadi sempit, menyebabkan seseorang itu sukar bernafas, penat dan terasa berat. Semuanya ini menyebabkan berlakunya kerosakan hati, pergerakan tubuh menjadi lembab dan malas untuk melakukan ketaatan dan membangkitkan nafsu syahwat. Kesihatan adalah nikmat yang besar yang sering terabai.
Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas menyatakan tentang adanya seorang Arab yang bertanyakan Rasulullah s.a.w. apa yang perlu ia pohon setiap kali selepas sembahyang lima waktu. Baginda menjawab agar ia memohon kesihatan daripada AIlah. Lelaki tersebut merasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Setelah bertanya buat kali ketiga, baginda akhirnya menjawab agar ia memohon kesihatan di dunia dan akhirat. Sesetengah ahli tafsir menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan kalimah " yang tersebut dalam ayat al-Quran (at-Takathur:8): yang akan ditanya oleh Allah terhadap hambanya pada hari kiamat kelak ialah kesihatan.
ӍѦүѺГі Bro مايوري
Subscribe to:
Posts (Atom)
Poll
Total Pageviews
Popular Posts
-
salam ramadan... wah lama benor tak type enty. di sebabkan lap top lama buat hal.... tibanye laptop baru, laptop lama pun dah kuar sepit...
-
Share Kita Adalah Sang Musafir Yang Berjalan Dan Berkelana Di Dunia Yang Fana Ini Di Kampung Kita Yang Sementara Tiba Masanya Ki...
-
Sila undi design t-shirt pilihan anda | Gosip Mulut Murai
-
Share Mayori De Family Mengucapkan Selamat pengantin Baru Buat Aida & Fizie Bagai Pinang Dibelah Dua Bagai Cincin Dengan Permata Dari ...
-
SALAM. Setelah sekian lama hamba x menulis entry. mungkin kerna hamba terlalu sibuk dan kepenatan. sehingga page sendiri terabai. Entry...
-
Share Ucapan Khas Dari Istana Mayori ~~ selamat pengantin baru june ~ din 29 may 2010 moga berkekalan hingga akhir hayat. Ju...
-
EASY PLAYER [kualiti audio streaming kami: 24kbps ] Hanya Didengar di IE & mozilla FanPage SURIA FM - MUZIK TERBAIK 90an DAN TER...
-
10 Perkara Mesti Buat Bila Kecewa Hubungan cinta yang terjalin tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan buat semua pasangan. Adakalanya rasa...
-
Share malam nie happy sangat blog dah santik bangat. siapa la yang sudi nak bagi award, muahahaha...... "ku menanti ajer" my swee...
code chat box
Dapatkan Coding chat box WarungChat
Untuk BLOG / WEB / MySpace
Untuk BLOG / WEB / MySpace
tekan pada keyboard
Select All
Tekan Ctrl
Tekan C
pastekan di page
